Popular Posts

Thursday 29 December 2011

CUIT-CUIT MANJA

 santai -

ABCDEFGJIK.. 

Seorang wanita duduk di bangku sebuah taman sekejap melepas penat setelah hampir seharian shoping. Tidak jauh darinya ada couple sedang berbual.

Awek tu bertanya kepada kekasihnya, “Sayang, apa maksud ABCDEFG? you pada I”

Lalu, pakwe dia pun menjawab, “A Boy Can Do Everything For Girl.”

Wanita yang mendengar itu, terasa begitu manis dan segera pulang ingin mempraktikkan sendiri kepada suaminya.

Malam itu, dia bertanya pada suaminya, “Bang, apa yang abang fikirkan pada saya, jelaskan dalam ABCD ya?”

Lalu suaminya menjawab, “Hmmm… awak ABCDEFGHIJK!”

Isterinya terkejut dan bertanya, “Apa itu ABCDEFGHIJK?”

Suaminya menjawab, “Adorable, Beautiful, Cute, Delightful, Elegant, Foxy, and Gorgeous & Hot!”

Isterinya tersipu-sipu malu namun ada sedikit confused. Kemudian dia bertanya lagi kepada suaminya..

“La… itukan baru ABCDEFGH, so .. IJK tu apa bang?”

Suami menjawab…..“I’m Just Kidding!!!

KARYA KEDUA

Ku dengar desiran kasih…
Ku titip keramat berpujangga
Saat siang setianya masih..
Dipuput bayu malam mengkhianati cinta..

Tiada batasan waktu..
Tika kau merobek tempurung kewarasanku..
Bila terkeliru ku ucap namamu....
Lecur lidahku derita hidanganmu..
Ku pasrah..
Bunga untuk si kumbang...
Siang untuk malam.
awan dan langit 
roh dan jasad..
benarkah begitu?
sudah begitu titipan fitrah..
Arus tidak harus ditentang..
Dilawan... dirintih..
Aku tidak sunyi...
kerana akulah kesunyian itu,..

Kini aku pasti..
Kau bukan selayaknya dicintai
Kerana kau..

SAKRATUL MAUT CINTAKU..

KARYA PERTAMAKU

Tika stentorian… 
Aku melayani fikiran… 
Bila bunga dosaku 
Akan gugur....Atau mekar 
Dititis embun kealpaan 

Saat jasadku didatangi malam. 
Gelora perasaan menari irama luka.. 
Tari yang aku atur.. 
Irama yang ku gubah.. 
Rentak yang kuciptakan... 

Infinti hidupku... 
Aku lelaki? 
Masih banyak yang aku kabur... 
Lelakikah aku 
Sedang ku tahu jasadku 
Tidak selari dengan rohku... 
Perempuankah aku...? 
Bukan...walau wasilah termaktub 
Hijab tertutup.... 

Awan.. 
Andai dapatku capai... 
Maka saktilah aku... 
Bintang .. 
Andai dapat ku gubah membentuk 
Bunga bahgia...agungnya aku... 
Namun.. 
Aku sedar tiada kuasa 
Selain... 
Ya rabbi... 
Fitrah tidak harus ditentang.. 
Walau kau hadir.. 
Dengan gugusan cinta...NOKTAH